Hukum Membuang Sisa Makanan, Haram atau Makruh?

Hukum Membuang Sisa Makanan, Haram atau Makruh?

Hukum Membuang Sisa Makanan ke Dalam Tong Sampah

1. إن كان الطّعام فاسدا كالمتعفن والحامض الذي لا يصلح للحيوانات ولو بالتجفيف فيجوز رميه في القمامة.

Jika makanan itu telah rosak seperti berkulat atau masam sehingga tidak lagi sesuai dimakan, bahkan tidak sesuai juga untuk haiwan walaupun setelah dikeringkan, maka harus membuangnya ke dalam tong sampah.

2. إن كان الطعام فاسدا ويصلح للحيوانات بالتجفيف فيكره رميه في القمامة، ويفضل تجفيفه وإلقائه للحيوانات، أو إعطائه لأحد ممن يربي الحيوانات سواء بأجر أو تبرعا، ويثاب على التبرع بذلك.

Jika makanan itu rosak tetapi masih sesuai untuk haiwan setelah dikeringkan, maka makruh membuangnya ke dalam tong sampah. Sebaiknya ia dikeringkan dan diberikan kepada haiwan, atau diberikan kepada sesiapa yang memelihara haiwan sama ada dengan upah atau secara sumbangan. Seseorang akan diberi pahala jika menyumbangkannya.

3. إن كان المتبقي سليما ويستفاد منه فيحرم إلقائه في القمامة ويعد من باب الإسراف المحرم، ولكن يجب عليه أن يأكله وأهله، أو يدفعه للفقراء والمساكين، أو يعطيه لجمعيات تقوم بتنظيمه وصرفه للفقراء والمساكين بشرط أن يكون في صورة آدمية.

Jika sisa makanan itu masih elok dan boleh dimanfaatkan, maka haram membuangnya ke dalam tong sampah kerana ia termasuk dalam perbuatan pembaziran yang diharamkan. Sebaliknya, hendaklah dia memakannya bersama keluarganya, atau memberikannya kepada fakir dan miskin, atau menyerahkannya kepada pertubuhan yang mengurus dan mengagihkannya kepada fakir dan miskin, dengan syarat ia masih dalam keadaan yang sesuai untuk dimakan manusia/ diberikan dengan adab kemanusiaan. 

4.  إن كان المتبقي سليما ولم يجد من يأخذه وخشي من فساده فيفضل تجفيفه للحيوانات بدلا من إلقائه في القمامة.

Jika sisa makanan itu masih elok tetapi tidak ditemui sesiapa yang mahu mengambilnya dan dibimbangi ia akan rosak, maka lebih baik dikeringkan untuk diberikan kepada haiwan daripada dibuang ke dalam tong sampah.

عن أنس بن مالك رضي الله عنه أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ رأى تمرةً فقال لولا أني أخافُ أن تكون صدقةً لأكلتُها. رواه البخاري (2055)، ومسلم (1071)

Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ melihat sebiji tamar lalu Baginda bersabda:

“Kalaulah aku tidak bimbang ia daripada sedekah, nescaya aku akan memakannya.”

Riwayat al-Bukhari (2055) dan Muslim (1071)

فدل هذا على أنه لا يجوز إلقاء شيء من الطعام أو من التمر أو من المأكولات

Hadis ini menunjukkan bahawa tidak harus membuang sesuatu daripada makanan, sama ada tamar atau apa-apa makanan sekalipun.

Dr. Ahmad al-Shawwaf 

FB Sawt Al-Azhariyyin.

Sumber FB Ustadz : Dr. Abdullaah Jalil

© Terima kasih telah membaca Kajian Islam Ahlussunnah wal Jama’ah dengan judul "Hukum Membuang Sisa Makanan, Haram atau Makruh?". Semoga Allah ﷻ senantiasa menganugerahkan ilmu yang bermanfaat, taufiq, dan hidayah kepada kita semua. Aamiin.

Kajian Islam Terbaru

    Cari Kajian Islam