
IMAM IBN TAYMIYYAH DAN PARA IMAM AL-HANABILAH: SENADA ATAU SELISIH?
Ada yang persoal dan ragu dengan pernyataan kami. Kami kata, “Ibn Taymiyyah berbeza dengan mu’tamad al-Hanabilah.”
Lihat sahaja sendiri berkenaan isu Hulul al-Hawadith [penglibatan Zat Qadim dengan sebarang perkara baharu] pada Allah ‘azza wajalla. Apa kata al-Hanabilah zaman berzaman seperti berikut:
al-Qadi Abu Ya’la al-Farra’ (w. 458H) berkata:
لاستحالة كونه جسما متغيرا تحله الحوادث
“[kerana] mustahil bagi kewujudan-Nya sebagai jisim yang saling berubah serta (mustahil jua) mengalami hulul al-hawadith.” (Ibtal al-Ta’wilat, h. 412)
Imam Ibn al-Zaghuni (w. 527H) berkata:
لأن ذلك يوجب كون ذاته تعالى محلا للحوادث وهذا محال اتفقت الأمة قاطبة على إحالته
“Hal ini kerana yang demikian itu melazimkan keadaan-Nya iaitu Zat Allah SWT sebagai suatu perkara yang menerima keberadaan al-hawadith pada-Nya; dan perkara ini mustahil dan telah bersepakat seluruh umat atas kemustahilannya.” (al-Idah fi Usul al-Din, h. 377)
Imam Ibn Hamdan (w. 695H) berkata:
وأنه تعالى ليس بجوهر ولا عرض ولا جسم ولا تحله الحوادث ولا يحل في حادث
“Allah ta’ala bukan suatu jauhar, bukan juga ‘aradh, bukan jua jisim dan tidak ada sebarang hawadith (perkara baharu) yang berada pada-Nya dan Dia juga tidak menceburi sebarang perkara hadith (baharu).” (Nihayah al-Mubtadi’in, h. 30)
Imam Mar’i al-Karmi (w. 1033H) berkata:
- مرعي الكرمي الحنبلي 1033ه ( لأن القديم لا يحل في حادث وليس هو محلا للحوادث
“[kerana] sang Qadim tidak menceburkan Zat-Nya pada sebarang perkara baharu dan bukan juga Zat-Nya merupakan suatu keadaan bagi sebarang perkara al-hawadith (benda baharu).” (Aqawil al-Thiqat, h. 93)
Imam al-Safarini (w. 1188H) berkata:
وإلا كان محلا للحوادث وما حل به الحادث فهو حادث تعالى الله عن ذلك
“Jika tidak, maka Dia menjadi tempat bagi perkara baharu; dan setiap perkara yang mengalami sebarang kejadian baharu maka ia adalah hadith juga (baharu juga), Allah Maha Tinggi daripada perkara sedemikian rupa.” (Lawami’ al-Anwar al-Bahiyyah, h. 258)
Adapun Shaykh Taqi al-Din Ibn Taymiyyah al-Hafid, beliau berkata seraya mempertikaikan dalil tersebut dengan agak sinis serta persepakatan umat berkenaannya sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Ibn al-Zaghuni di atas. Shaykh Taqi al-Din berkata:
وقد ظن من ذكر من هؤلاء كأبي علي وأبي الحسن بن الزغواني، أن الأمة قاطبة اتفقت على أنه لا تقوم به الحوادث، وجعلوا ذلك الأصل الذي اعتمدوه، وهذا مبلغهم من العلم، وهذا الإجماع نظير غيره من الإجماعات الباطلة المدعاة في الكلام وغيره.
“Telah beranggapan sebahagian tokoh yang disebut, seperti Abū ʿAlī dan Abū al-Ḥasan Ibn al-Zaghuni, bahawa keseluruhan umat telah bersepakat bahawa tidak berlaku pada-Nya (Allah) perkara-perkara baharu (ḥawādith). Mereka menjadikan hal tersebut sebagai suatu asas yang mereka sandarkan. Namun, setakat itu sahajalah kadar pengetahuan yang mereka miliki. Dakwaan ijma’ ini seumpama dakwaan-dakwaan ijma’ lain yang tidak sah, yang sering dikemukakan dalam disiplin ilmu kalam dan selainnya.” (Majmu’ al-Fatawa, 2/492)
Kami ajukan soalan sekali lagi. Sama dan senada, atau berbeza dan selisih?
Apapun, perkara ini tidak menafikan Imam Ibn Taymiyyah senagai seorang ‘alim Hanbali bahkan Imam yang hebat dalam kalangan mereka. Hanyasahaja, tegaskanlah mu’tamad pendirian para Ashab sebagaimana ianya. Itu amanah ilmu.
Ya Allah, berkatilah al-Hanabilah dan al-Athariyyah; unggulkanlah mu’tamad para ashabnya dengan berkat jah kekasih-Mu, Ahmad ibn ‘Abdillah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ serta wali-Mu; Ahmad bin Hanbal.
Maqadisah Hanabilah
Hanbali – Athari 🇲🇾
Sumber FB : Maqadisah المقدسي الحنبلي