Wahhabi Kafirkan Imam Ramli

WAHHABI KAFIRKAN IMAM RAMLI

WAHHABI KAFIRKAN IMAM RAMLI

1.  Hari ini, kita dapat melihat sebahagian Wahhabi telah mula menunjukkan belang masing-masing.

2.  Dahulu, mereka hanya berani dakwa ustaz itu dan ustaz ini sebagai quburiyyun (penyembah kubur)

3.  Kali ini, mereka dengan berani menuduh Imam Syihabuddin al-Ramli sebagai quburiyun.

4.  Ini bukan kali pertama tohmahan seperti ini berlaku, bahkan mahaguru Wahhabi iaitu Sulayman bin Sahman lebih awal mengkafirkan Imam al-Ramli dalam kitabnya seperti dibawah.

5.  Ketika pembawa ajaran Wahhabi ekstrem di Terengganu kafirkan Abu Hanifah, ramai Wahhabi bangkit menolak. Tetapi kali ini, mereka kelihatan membiarkan Imam al-Ramli dikafirkan.

6. Sedangkan di sisi ulama ASWJ, mereka mengiktiraf kealiman Imam Ramli seperti berikut:

   i)  Imam Sya'roni berkata : "Hampir seluruh ulama mazhab Syafie di Mesir adalah muridnya. Tidak ditemukan seorang alim bermazhab Syafie kecuali dia adalah murid atau cucu murid kepada Imam Ramli

  ii)  Syeikhul Islam Zakaria al-Anshari memberi izin kepada Imam Ramli untuk memperbaiki kitab-kitabnya, baik semasa hidupnya atau sesudah mati. Ini adalah hal yang luar biasa kerana Imam Zakaria tidak pernah mengizin seperti ini kepada siapapun selain beliau.

7.  Tragisnya, ulama sehebat ini telah dikafirkan oleh Wahhabi. Tidak terhenti disitu, Mujaddid kurun ke-5 (Imam al-Ghazali) dan Mujaddid kurun-9 (Imam Suyuthi) telah dikafirkan oleh Wahhabi atas isu yang sama dan dengan gelaran yang sama iaitu quburiyyun.

8.  Akhir sekali, tiada yang mengkafirkan Imam Ghazali, Imam Ramli dan Imam Suyuthi melainkan dia adalah Wahhabi. Jadi, jangan tanya lagi kepada kami siapa itu Wahhabi, tuan puan boleh kenal sendiri.

Ust HAZA Official  

#aswajamalaysia

Sumber FB : Ust HAZA Official

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Wahhabi Kafirkan Imam Ramli - Kajian Ulama". Semoga Allah senantiasa memberikan Ilmu, Taufiq dan Hidayah-Nya untuk kita semua. aamiin. by Kajian Ulama Aswaja ®