Siapakah Golongan Yang Rugi Setiap Kali Bertemu Ramadhan

Siapakah Golongan Yang Rugi Setiap Kali Bertemu Ramadhan

*SIAPAKAH GOLONGAN YANG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN*

1. Mereka yang Allah *panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan* TETAPI membiarkan *hari-hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yg bermanfa'at.*

2. Mereka yang *menunggu2 waktu berbuka puasa* TANPA mengambil kesempatan untuk *berdoa kepada Allah di saat2 mustajab doa.*

3. Mereka yang *bangun untuk bersahur semata2* TANPA *beramal dan mendirikan solat sunat sekurang2nya 2 rakaat.*

4. Mereka yang dikurniakan Allah *nikmat yang berlebihan* TETAPI *bakhil untuk bersedekah dan menjamu orang berbuka puasa.*

5. Mereka yg *mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yang panjang* untuk mempelajarinya TETAPI *membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.*

6. Mereka yg sering *menghadiri majlis ilmu dan memahami agama* TETAPI *kekal bermusuhan, berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim*.

7. Mereka yg mengetahui bahawa Ramadhan adalah *Bulan Maghfirah* TETAPI *tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.*

8. Mereka yg menyedari bahawa sepanjang Ramadhan *doa diqabulkan* TETAPI *membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.*

9. Mereka yg *bersungguh2 memelihara puasa dari perkara yang membatalkan* TETAPI *berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim*. 

10. Mereka yg *sampai umurya ke penghujung Ramadhan* TETAPI *tidak berusaha untuk  memburu kebaikan malam AL QADAR.*

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud;

"Berapa *ramai orang yang berpuasa*, akan tetapi ia *tidak mendapat apa-apa* daripada puasanya itu kecuali rasa lapar dan dahaga sahaja. Dan berapa *ramai orang yang solat malam*, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada solat malam nya itu kecuali hanya terbatas kepada berjaga malam sahaja."

(HR Ibnu Majah)

*Semoga bermnfaat*

Sumber FB : Helmi Assyafie

© Terima kasih telah membaca Kajian Islam Ahlussunnah wal Jama’ah dengan judul "Siapakah Golongan Yang Rugi Setiap Kali Bertemu Ramadhan". Semoga Allah ï·» senantiasa menganugerahkan ilmu yang bermanfaat, taufiq, dan hidayah kepada kita semua. Aamiin.